Demi ibu tercinta, Mohd Amiruddin Ahmad Moktar sanggup meninggalkan kerjaya sebagai jurutera dan mencari rezeki dengan berniaga bagi menjaga syurganya itu yang kini terlantar akibat anemia (kekurangan darah) dan ketumbuhan otak.
Biarpun mendapatkan khidmat pembantu rumah, pemuda dikenali Amir Moktar, 38, tetap melakukan rutin penjagaan demi memastikan ibunya, Latipah Ibrahim, 69, dalam keadaan baik dan terurus.
Bercerita lanjut, Mohd Amiruddin yang berasal dari Pendang, Kedah dan kini menetap Kota Damansara, di sini berkata, dia pernah menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Jepun sebelum pulang ke tanah air pada 2011.
Sebaik pulang, dia mendapat tawaran kerja sebagai jurutera dan sempat bertugas selama empat tahun sebelum mengambil keputusan berhenti pada 2015 kerana melihat tahap kesihatan ibunya yang semakin merosot.

No comments:
Post a Comment