Thursday, November 28, 2024

Mangsa Banjir Kini Meningkat Kepada 37,189 PM

Backiindex - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan tahap keselamatan dan kebajikan mangsa banjir serta penduduk di kawasan terjejas menjadi keutamaan sepanjang tempoh antara November ini hingga Mac.

Beliau menerusi pemakluman di Dewan Rakyat hari ini, berkata jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 orang membabitkan 11,385 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

Rentetan itu, katanya, sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka di keenam-enam negeri berkenaan setakat ini.

"Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu 30,582 orang membabitkan 9,223 keluarga. 157 PPS juga sudah dibuka di sembilan daerah di Kelantan.

Baca Juga : Johari Abdul Sahkan Sudah Terima Saman Pemula BERSATU

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; NADMA dan seluruh jentera, termasuk kerajaan negeri yang memberi kerjasama persiapan lebih baik tahun ini," katanya




Monday, November 25, 2024

Johari Abdul Sahkan Sudah Terima Saman Pemula BERSATU

Backiindex - Tan Sri Johari Abdul mengakui sudah menerima saman pemula difailkan BERSATU susulan pengisytiharan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi lima Ahli Parlimen yang dipecat parti itu.

Bercakap pada sidang media hari ini, Johari berkata, writ saman itu diterima beliau minggu lalu, namun menjelaskan belum meneliti kandungan dokumen berkenaan.

"Saya belum tengok lagi dan akan semak kemudian, tetapi dimaklumkan ia (writ saman) sudah dihantar (ke Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat)," katanya.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu turut merasmikan Kempen Membanteras Keganasan terhadap Wanita (EVAW) anjuran Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat di Lobi Parlimen, dekat sini.

BERSATU sebelum ini dilapor mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menuntut perisytiharan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi lima Ahli Parlimen yang dipecat parti itu sebagai tidak berperlembagaan.

Saman pemula itu difailkan Setiausaha Kerja BERSATU, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Whip parti, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selaku plaintif pada 15 November lalu, melalui firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company.

Selain Johari, BERSATU turut menamakan lima Ahli Parlimen, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) sebagai defendan.

Mengulas tindakan BERSATU itu, Johari berkata, pihaknya menyerahkan kepada Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk mengendalikan prosedur berkaitan saman terbabit.

Baca Juga : Mulai Esok Secara Berperingkat Bayaran Akhir STR 2024 Dibayar

"Ini hak mereka (untuk mengemukakan saman). Saya rasa semua rakyat Malaysia, organisasi dan parti ada hak berlandaskan undang-undang.

"Apa-apa tindakan berlandaskan undang-undang akan diadili seadil-adilnya oleh pihak berkuasa.

"Justeru, biarkan prosiding saman ini diselesaikan secara perudangan. Kita tak boleh selesaikan secara emosi," katanya.

Sunday, November 10, 2024

Mulai Esok Secara Berperingkat Bayaran Akhir STR 2024 Dibayar

Bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan disalurkan secara berperingkat mulai esok kepada 8.7 juta penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Mulai 9 Disember ini, kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan sekali beri (one-off) Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lapan juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar, mengikut kaedah pembayaran STR.

Baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima bantuan SARA, sepanjang tahun.

Menurut Kementerian Kewangan, dengan penambahan ini, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini.

"Ia selaras dengan keprihatinan Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat," kata kementerian itu dalam kenyataan, hari ini.

Pembayaran terakhir STR membabitkan peruntukan sebanyak RM3.4 billion.

Setakat ini, kerajaan sudah menyalurkan hampir RM10 billion kepada penerima STR dan SARA sepanjang tahun ini berbanding RM8 billion pada 2023.

Mengenai STR 2025, kerajaan mengambil pendekatan untuk membuka pendaftaran sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

Kementerian itu menjelaskan yang langkah itu bagi memastikan mereka yang layak, namun tiada rekod dalam pangkalan data kerajaan tampil mengemukakan permohonan masing-masing, selain membenarkan penerima sedia ada membuat kemaskini sekiranya mempunyai perubahan maklumat.

Hilang Ribuan Ringgit Gaji Demi Jaga Ibu Sakit

Demi ibu tercinta, Mohd Amiruddin Ahmad Moktar sanggup meninggalkan kerjaya sebagai jurutera dan mencari rezeki dengan berniaga bagi menjaga syurganya itu yang kini terlantar akibat anemia (kekurangan darah) dan ketumbuhan otak.

Biarpun mendapatkan khidmat pembantu rumah, pemuda dikenali Amir Moktar, 38, tetap melakukan rutin penjagaan demi memastikan ibunya, Latipah Ibrahim, 69, dalam keadaan baik dan terurus.

Bercerita lanjut, Mohd Amiruddin yang berasal dari Pendang, Kedah dan kini menetap Kota Damansara, di sini berkata, dia pernah menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Jepun sebelum pulang ke tanah air pada 2011.

Sebaik pulang, dia mendapat tawaran kerja sebagai jurutera dan sempat bertugas selama empat tahun sebelum mengambil keputusan berhenti pada 2015 kerana melihat tahap kesihatan ibunya yang semakin merosot.

Shuib burdened with tens of millions in business debt

Despite facing various trials, the friendship between comedians, Shuib Sepahtu and Mamat Sepah remains intact. Hearing Mamat's confessio...